Falsafah pendidikan kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengandungi beberapa matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua matlamat yang digariskan tidak akan tercapai sekiranya para guru tidak memberi kerjasama yang baik dalam memainkan peranannya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas mengatakan bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperolehi segulung ijazah atau diploma, tetapi untuk pembangunan diri manusia secara insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berhati mulia, berakhlak dan berbakti. Guru wajib memainkan peranan untuk mereali...