Skip to main content

Peranan Guru Ke Arah Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 



Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Tanpa sistem pendidikan yang komprehensif, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa setanding dengan negra-negara lain. Tambahan pula, untuk memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada 6 September 2013 dengan hasrat untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia supaya selaras dan sejajar dengan negara lain seterusnya menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan agen sosialisasi unyuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebaangsaan. Guru secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan dengan itu, guru adalah pelengkap segala-galanya sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing dan penasihat.

 

Guru bertindak sebagai pembentukan nilai atau role model

Nilai menjadi kayu ukur mutu sesuatu perkara. Nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instumental. Maka, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti professional, peribadi dan sosial yang baik lagi murni supaya dapat menjalankan tugas segabai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru-guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah

 

Guru berperanan menggilap potensi murid-murid

Setiap manusia diberi kelebihan dan kekurangan masing-masing yang berbeza-beza. Sebagai seorang guru, keistimewaan yang dicari dan digilap bukan kelemahan seseorang murid yang dicari agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri malah mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, guru mestilah bijak memainkan peranan agar kebolehan murid-murid tidak disia-siakan begitu sahaja. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu memastikan bahawa kurikulum sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di dalam diri murid dengan memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan nilai murni seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan nilai merentas kurikulum. Guru yang mengendalikan mata pelajaran tersebut akan berperanan dalam mengenal pasti bakat murid dan seterusnya menggilap potensi mereka.

 

Guru perlu mengamalkan kemahiran professional

 Guru yang mempunyai kemahiran professional yang tinggi dan kecerdasan emosi memainkan peranan penting dalam memupuk generasi yang berpengetahuan, cinta akan ilmu, berkemahiran dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting dalam mempromosikan pendidikan Malaysia kepada pendidikan bertaraf dunia. Kemahiran yang perlu diberi penekanan adalah kemahiran berfikir dan konstruktif di mana pelajar dididik menggunakan minda dan pemikiran aras tinggi bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai modal intelektual tinggi sebagai persediaan menghadapi era globalisasi. Ini juga dapat meningkatkan kemahiran umum para guru  seperti berfikir dan mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembelajaran sentiasa menganjurkan kursus jangka panjang dan pendek untuk guru agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini dalam proses pengajran dan pembelajaran (PDP).

Guru berperanan supaya dapat berfikir secara kreatif dan inovatif

Guru juga boleh dianggap sebagai pengusaha dan perlu mempunyai ciri-ciri pengusaha yang dinamik, guru perlulah mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Ini kerana, usaha tersebut akan mendorong kepda modal insan yang mampu membangunkan negara. Peranan guru akan mengukuhkan lagi gaya pemikiran pelajar dan membolehkan para pelajar menjana idea-idea yang bijak dan kreatif. Guru bertanggungjawab merangsang pemikiran murid dengan pemilihan teknik yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah yang meluaskan lagi pengalaman dan pengamatan pelajar terhadap persekitaran. Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan kepada mengajak murud-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan.

 

Guru berperanan sebagai pembimbing

Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid tetapi perlu memastikan muridnya mempunyai kemahiran menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupannya. Peranan guru sebagai pembimbing dan kaunselor yang penting untuk memastikan pembangunan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Guru juga bertindak sebagai pembimbing murid-murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan seorang pembimbing yang perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Tambahan pula, guru juga adalah pekerja yang perlu mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Kesimpulannya, dengan usaha yang bersungguh-sungguh menerusi transformasi bersepadu, sudah pasti sistem pendidikan negara mampu mendepani cabaran yang sentiasa berubah pada abad ini. Semangat warga pendidik dalam memberi tunjuk ajar harus dipandang tinggi kerana mereka perlu berdepan dengan berbagai-bagai tahap kebolehan dan keupayaan murid-muridnya. Harapannya, hasrat murni matlamat pendidikan dapat direalisasikan sebagai sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.




Comments

Popular posts from this blog

Pendidikan Di Malaysia: Pendidikan Berterusan

A . Konsep Pendidikan Berterusan Pendidikan berterusan melibatkan tiga peringkat iaitu;                       I. Peringkat Awal Pada peringkat ini, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal. Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan. Pendidikan tidak formal berfokuskan aspek-aspek pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, penjagaan kebersihan dan kesihatan serta perhubungan fizikal. Di rumah adalah tempat permulaan bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari dan menerima pendidikan asas oleh ibubapa atau penjaga dimana pada ketika itu mereka akan mempelajari cara untuk makan, merangkak, berjalan, bertutur, mengenali ahli keluarga dan banyak lagi. Peringkat awal ini amatlah penting kerana, tanpa didikan asas yang diberikan oleh ibubapa, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menghadapi hari-hari persekolahan di tadika. Kekurangan asuhan dan kawa...