Skip to main content

Matlamat Pendidikan Yang Dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah pendidikan kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengandungi beberapa matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua matlamat yang digariskan tidak akan tercapai sekiranya para guru tidak memberi kerjasama yang baik dalam memainkan peranannya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas mengatakan bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperolehi segulung ijazah atau diploma, tetapi untuk pembangunan diri manusia secara insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berhati mulia, berakhlak dan berbakti.

 

Guru wajib memainkan peranan untuk merealisasikan semua matlamat ini, antaranya ialah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek yang merupakan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Potensi merupakan bakat, kebolehan ataupun keupayaan seseorang. Sejak lahir setiap individu mempunyai pelbagai keupayaan tetapi tidak semua bakat dapat dilihat dengan jelas kerana sebahagiannya adalah bakat yang terpendam. Jasmani muridpula  boleh ditingkatkan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Justeru itu, emosi, rohani dan intelek boleh diperkembangkan dengan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran seperti pidato, debat dan forum. Jelaslah bahawa, guru ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar secara langsung kepada murid agar mereka terus bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Ini secara tidak langsung dapat membantu murid berfikiran terbuka, berfikiran cerdas dan tergolong dalam golongan kelas minda pertama.

 

Selain itu, dapat memupuk rasa cinta murid terhadap ilmu pengetahuan dan peribadi mulia. Hal ini bermaksud, untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, guru perlulah menyemai minat dalam diri murid-murid terhadap ilmu sejak di bangku sekolah lagi. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menekankan kepentingan ilmu kepada murid kerana ianya merupakan tiket kejayaan dunia dan akhirat. Penelitian harus dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) kerana jika proses pdp berjalan dalam suasana yang menyeronokkan, sudah tentu murid akan teruju untuk meneroka sesuatu yang baru sekaligus cenderung untuk terus menimba ilmu. Selain itu, dapat menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara. Tugas seorang guru bukan sahaja di dalam kelas, malah guru perlu mengajar, mendidik dan memimpin. Mengajar agak terbatas dan perlu dilaksanakan di dalam kelas sahaja tetapi tugas mendidik dan memimpin perlu sentiasa berterusan walaupun murid itu tidak berada di kawasan sekolah.

 

Di samping itu, rakyat Malaysia yang berketerampilan juga merupakan salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana keterampilan bermaksud kebolehan dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan bertanggungjawab. Keterampilam juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran, kepercayaan dan perasaan. Hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam melakukan tugas atau amanah. Antara ciri-ciri individu berketerampilan yang ingin dilahirkan ialah berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tambahan pula dalam era perkembangan teknologi kini, ilmu pengetahuan sangat mudah didapati dan hanya di hujung jari.

 

Justeru itu, Kepercayaan kepada Tuhan merupakan elemen penting dalam pembentukan identiti negara Malaysia. Mempunyai kepercayaan beragama serta mematuhi segala perintah agama penting untuk megawal diri individu dan dapat membentuk masyarakat yang seimbang. Ini menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, budaya, bahasa dan sebagainya. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kepercayaan dan kepatuhan dapat meningkatkan kepercayaan beragama serta dapat menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam yang merupakan elemen yang keenam dan ketujuh dalam Falsafah Pendidkan Kebangsaan. Hal ini dibuktikan dengan, semua pelajar yang beragama Islam diwajibkan mengambil mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan awam. Sementara bagi pelajar bukan beragama Islam, mereka diberikan pelajaran Pendidikan Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan bahawa para pelajar dapat mengamalkan konsep kepercayaan kepada tuhan kerana mereka diajar di dalam kelas. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersyukur atas apa jua nukmat yang telah diberikan kepada kita . Manusia yang dijadikan oleh Pencipta dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam dengan sebaiknya. Jika amanah ini diabaikan, bencana dan malapetaka boleh menggangu kemakmuran manusia.

 

Akhir sekali, membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis juga merupakan elemen dalam menjayakan keberhasilan pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana keseimbangan adalah penting untuk memastikan tiada mana-mana aspek yang diberi perhatian lebih dan aspek tertentu terabai. Manusia yang sejahtera merupakan manusia yang melibatkan semua potensi diri dalam pembangunan diri. Dalam hal ini, insan yang berjaya dalam kerjayanya, akan berasa bersyukur dengan segala nikmat yang diterima tetapi pada masa yang sama sedia berhadapan dengan segala cabaran dan rintangan, mempunyai tingkah laku yang baik, tidak mementingkan diri sendiri dan prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pembangunan insan hendaklah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi membolehkan manusia menjalani kehidupan yang harmoni antara satu sama lain.

 

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelek. Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu dilaksanakan di sekolah untuk memupuk semangat perpaduan sejak awal lagu untuk mengelakkan permusuhan antara satu sama lain kelak nanti. Tambahan pula,

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Guru Ke Arah Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Tanpa sistem pendidikan yang komprehensif, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa setanding dengan negra-negara lain. Tambahan pula, untuk memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada 6 September 2013 dengan hasrat untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia supaya selaras dan sejajar dengan negara lain seterusnya menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan agen sosialisasi unyuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebaangsaan. Guru secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai...

Pelaksanaan Pendidikan Menurut FPK

  1.   Pendidikan adalah satu usaha berterusan. Antara usaha-usaha berterusan oleh pelbagai pihak adalah; Pemilihan kerjaya, Penyesuaian hidup, Pembentukan jati diri, Perkembangan sosial, Mengeratkan perpaduan, Pemupukan nasionalisme, Perkembangan bakat dan potensi, Penghayatan agama dan nilai murni, dan Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.   2.   Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi murid Oleh kerana setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukan, tiada siapa yang sempurna; semua orang dicipta. Setiap manfaat ini mungkin tidak dapat disedari sepenuhnya oleh setiap individu. Potensi diri ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan setiap aset yang dimiliki oleh setiap orang. Secara ringkasnya, potensi diri ialah keupayaan untuk kekuatan, kebolehan, atau kecerdasan yang dimiliki oleh setiap orang, tidak kira sama ada sifat mereka masih belum nyata sepenuhnya atau belum melakukannya. Bakat boleh dikembangkan melalui potensi diri, dan bakat ini b...