Skip to main content

Pendidikan Di Malaysia: Pendidikan Berterusan


A. Konsep Pendidikan Berterusan

Pendidikan berterusan melibatkan tiga peringkat iaitu;

                     

I. Peringkat Awal

Pada peringkat ini, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal. Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan. Pendidikan tidak formal berfokuskan aspek-aspek pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, penjagaan kebersihan dan kesihatan serta perhubungan fizikal. Di rumah adalah tempat permulaan bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari dan menerima pendidikan asas oleh ibubapa atau penjaga dimana pada ketika itu mereka akan mempelajari cara untuk makan, merangkak, berjalan, bertutur, mengenali ahli keluarga dan banyak lagi. Peringkat awal ini amatlah penting kerana, tanpa didikan asas yang diberikan oleh ibubapa, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menghadapi hari-hari persekolahan di tadika. Kekurangan asuhan dan kawalan dari ibu bapa ini juga menjurus kepada tingkah laku yang agresif dan gagal dalam memahami nilai budi pekerti.


II. Peringkat Sekolah

Pada peringkat ini, murid-murid akan didedahkan kepada pendidikan formal yang melibatkan empat peringkat persekolahan iaitu; Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Pendidikan Tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan akan berfokuskan kepada:

  • Pemilihan Kerjaya
  • Penyesuaian Hidup
  • Pembentukan Jati Diri
  • Perkembangan Sosial
  • Mengeratkan Perpaduan
  • Pemupukan Nasionalisme
  • Perkembangan Bakat dan Potensi
  • Penghayatan Agama dan Nilai Murni
  • Perolehan Pelbagai Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran


III. Peringkat Lepas Sekolah

Usai tamat alam persekolahan, setiap pelajar akan memperoleh pendidikan berterusan dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, di tempat kerja dan lain-lain. Pada peringkat ini, pendidikan akan terus berlaku melalui pelbagai kaedah, antaranya ialah pembelajaran kendiri, informasi dari media massa dan pencarian di internet. Peringkat ini berfokuskan:

  • Penyesuaian Hidup
  • Perkembangan Bakat dan Potensi
  • Penghayatan Agama dan Nilai Murni
  • Peningkatan Perolehan Pelbagai Ilmu Pengetahuan dan Kemahiran






B. Kriteria Dan Bentuk Pendidikan Berterusan





Comments

Popular posts from this blog

Pelaksanaan Pendidikan Menurut FPK

  1.   Pendidikan adalah satu usaha berterusan. Antara usaha-usaha berterusan oleh pelbagai pihak adalah; Pemilihan kerjaya, Penyesuaian hidup, Pembentukan jati diri, Perkembangan sosial, Mengeratkan perpaduan, Pemupukan nasionalisme, Perkembangan bakat dan potensi, Penghayatan agama dan nilai murni, dan Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.   2.   Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi murid Oleh kerana setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukan, tiada siapa yang sempurna; semua orang dicipta. Setiap manfaat ini mungkin tidak dapat disedari sepenuhnya oleh setiap individu. Potensi diri ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan setiap aset yang dimiliki oleh setiap orang. Secara ringkasnya, potensi diri ialah keupayaan untuk kekuatan, kebolehan, atau kecerdasan yang dimiliki oleh setiap orang, tidak kira sama ada sifat mereka masih belum nyata sepenuhnya atau belum melakukannya. Bakat boleh dikembangkan melalui potensi diri, dan bakat ini b...

AHLI KUMPULAN

 AHLI KUMPULAN UNIT 4 (FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & HURAIAN) NAMA : 'AINUL MARDHIAH BINTI AZAMI NOMBOR KAD MATRIK : D20231107937 NAMA : WAN KASHIFAH ARIFA BINTI               W MOHD JANNATUL ADDNE NOMBOR KAD MATRIK : D20231107919 NAMA : NURAINI FATEHAH BT MOHD SORIYA NOMBOR KAD MATRIK : D20231107930 NAMA : EMYLIA LAJIM NOMBOR KAD MATRIK : D20231107941 NAMA :ELIANNA JUPILIS NOMBOR KAD MATRIK : D20231107928