Skip to main content

Posts

AHLI KUMPULAN

 AHLI KUMPULAN UNIT 4 (FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & HURAIAN) NAMA : 'AINUL MARDHIAH BINTI AZAMI NOMBOR KAD MATRIK : D20231107937 NAMA : WAN KASHIFAH ARIFA BINTI               W MOHD JANNATUL ADDNE NOMBOR KAD MATRIK : D20231107919 NAMA : NURAINI FATEHAH BT MOHD SORIYA NOMBOR KAD MATRIK : D20231107930 NAMA : EMYLIA LAJIM NOMBOR KAD MATRIK : D20231107941 NAMA :ELIANNA JUPILIS NOMBOR KAD MATRIK : D20231107928
Recent posts

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

 

Elemen Kandungan Falsafah Pendidikan kebangsaan

Ringkasan Kandungan

 

Matlamat Pendidikan Yang Dihasratkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah pendidikan kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengandungi beberapa matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, menjadikan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua matlamat yang digariskan tidak akan tercapai sekiranya para guru tidak memberi kerjasama yang baik dalam memainkan peranannya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas mengatakan bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperolehi segulung ijazah atau diploma, tetapi untuk pembangunan diri manusia secara insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berhati mulia, berakhlak dan berbakti.   Guru wajib memainkan peranan untuk mereali...

Pendidikan Di Malaysia: Pendidikan Berterusan

A . Konsep Pendidikan Berterusan Pendidikan berterusan melibatkan tiga peringkat iaitu;                       I. Peringkat Awal Pada peringkat ini, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal. Pendidikan tidak formal ialah sejenis pendidikan yang bukan formal atau pendidikan di luar bidang persekolahan. Pendidikan tidak formal berfokuskan aspek-aspek pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, penjagaan kebersihan dan kesihatan serta perhubungan fizikal. Di rumah adalah tempat permulaan bagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari dan menerima pendidikan asas oleh ibubapa atau penjaga dimana pada ketika itu mereka akan mempelajari cara untuk makan, merangkak, berjalan, bertutur, mengenali ahli keluarga dan banyak lagi. Peringkat awal ini amatlah penting kerana, tanpa didikan asas yang diberikan oleh ibubapa, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menghadapi hari-hari persekolahan di tadika. Kekurangan asuhan dan kawa...

Pelaksanaan Pendidikan Menurut FPK

  1.   Pendidikan adalah satu usaha berterusan. Antara usaha-usaha berterusan oleh pelbagai pihak adalah; Pemilihan kerjaya, Penyesuaian hidup, Pembentukan jati diri, Perkembangan sosial, Mengeratkan perpaduan, Pemupukan nasionalisme, Perkembangan bakat dan potensi, Penghayatan agama dan nilai murni, dan Perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.   2.   Pendidikan ke arah kembangkan lagi potensi murid Oleh kerana setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukan, tiada siapa yang sempurna; semua orang dicipta. Setiap manfaat ini mungkin tidak dapat disedari sepenuhnya oleh setiap individu. Potensi diri ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan setiap aset yang dimiliki oleh setiap orang. Secara ringkasnya, potensi diri ialah keupayaan untuk kekuatan, kebolehan, atau kecerdasan yang dimiliki oleh setiap orang, tidak kira sama ada sifat mereka masih belum nyata sepenuhnya atau belum melakukannya. Bakat boleh dikembangkan melalui potensi diri, dan bakat ini b...

Peranan Guru Ke Arah Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Tanpa sistem pendidikan yang komprehensif, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap gagal dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, transformasi dalam pendidikan perlu dilaksanakan supaya rakyat Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa setanding dengan negra-negara lain. Tambahan pula, untuk memperkasakan sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada 6 September 2013 dengan hasrat untuk meningkatkan status pendidikan negara di mata dunia supaya selaras dan sejajar dengan negara lain seterusnya menjadi penanda aras di peringkat antarabangsa. Dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan bahawa sekolah merupakan agen sosialisasi unyuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebaangsaan. Guru secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai...